Jumaat, 13 Disember 2019

Ssm

Annual Leave vs Mc

Hai korang okay sambung lagi jom ...kali ni nak cerita part camne la kitaorg ni manage cuti untuk buat semua benda yg dalam masa yg sama kitaorang masih lagi bekrja seminggu 5 hari isnin hingga jumat kau hahahahahahah

kalau cerita part ni memang krikk krikkk tau kelakar pun adooo hahahaha..kesahnya biz kami ni starting hampor end off year kan so cuti memasing memang dan hampir pupus la kan .saya bekerja di sektor swasta sebagai receptionist dan ekin juga disektor swasta sebagai kerani di syarikat lawyer.

sadisss gaisss bila cita bab cuti ni .. memandangkan banyak urusan yang perlu kami uruskan kami terpaksa ambil cuti atau mc kau hahahhaah kalo ada cuti tu kira luck la kan tp kalo cuti dan habis tu aiyoooo mc la weiii tp ko hengat mc ni free ke hahahha ofcourse la kena gunakan modal juga kan hahahhaha

bila dan decide untuk cuti atau mc kami memang mengunakan waktu yang ada dengan sebaiknya weiii sebabnya bukan senang nak cuti atau mc kekadang tu makan pun tak sempat selalunya kami beli drive thru je makan dalam kereta sambil menuju destinasi kesian kan...keluar dari pagi petang hampir jam 6 baru settle itu pun kena cepat cepat sbb aku pulak nak kena ambil anak kekadang tu tak sempat nak ambil minta tolong parent ambilkan ..

Seroja Salsabila

One Step Closer

Hello haii semua so camne hari semua ok ke?semoga korang semua sihat belaka ye ..okay arini sy nak cerita pasal perjalanan saya dan partner saya ekin untuk membina empayar kami dari setiap inchi sampai la hasilnya hahahaha

Menangis,masalah peribadi,kilang buat hal,modal tak cukup,kilang hold,masalah design,tak menepati cita rasa semualah hahahha tp alhamdulillah semua settle dengan baik dan syukur juga kami dapat bekerja sama dengan kilang melayu muslimah dan yg paling penting senang communication dan boleh bekerja sama dengan baik 

Lepas berbincang dari hati ke hati first step kitaorg buat adalah pergi servey semua  kilang untuk jahit baju dapatkan proposal dan quotation untuk jahit pukal,tengok jahitan halus ke tidak cantik ke tidak banyak tempat kitaorg jelajah dr kl ke selangor semua kita redah untuk 1 hasil yg cantik akhirnya kami jumpa di selangor alhamdulillah

Seroja Salsabila

Rabu, 18 September 2019

About Seroja Salsabila

Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami iaitu SEROJA SALSABILA. kami di seroja salsabila menjual baju baju yang dijahit khas untuk pelanggan pelanggan kami dan menpunyai pelbagai corak dan warna yang pastinya akan membuat anda semua tidak keruan memilih dan yang paling hebat harganya juga mampu milik untuk semua yang kami kasihi.selamat membeli dan memilih salam sayang dari kami

Seroja Salsabila

Ahad, 15 September 2019

By Seroja Salsabila

Assalammualaikum
Asal usul Seroja Salsabila ini di ilhamkan  dari nama anak perempuan saya yg diberi nama SEROJA SALSABILA yg dilahirkan pada januari 2019 permulaan yg baik jadi untuk tahun 2019 ini kami ilhamkan SEROJA SALSABILA sebagai jenama syarikat saya dan share partners saya.

Permulaan bisnes kami ini bermula secara tidak sengaja apabila saya dan partner saya ekin berada di satu kemelut yg sama dan kami tekad untuk keluar dari kempompong dan menembusi tembok didepan untuk satu kehidupan yang lebih selesa ..

Alhamdulillah dengan sedikit pengalaman saya sebelum ini menjinakkan diri dalam dunia perniagaan online secara kecil kecilan dan berkat hasil perbincangan dan kata sepakat kami berdua untuk meneruskan perniagaan ini akhirnya kami berjaya mengeluarkan first produk kami yang akan dipasarkan tidak lama lagi

Seroja Salsabila

Ssm